Ahad, Mei 16, 2010

Bengkel Teknik INGATAN Kreatif Jun 2010

Anjuran
Nextworks Solution Sdn Bhd dengan kerjasama BestPartner Training Centre

Apa dia Teknik INGATAN Kreatif?
Kenapa ada pelajar yang dilihat ‘kurang’ belajar berbanding yang lain tetapi mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan? Adakah mereka mempunyai IQ yang tinggi sahaja boleh mendapat markah yang cemerlang? Ataupun ia hanya satu kebetulan mendapat markah yang tinggi? Terdapat pelbagai jawapan bagi persoalan di atas. Secara keseluruhannya, ia sebenarnya bergantung kepada strategi, perancangan dan teknik belajar seseorang pelajar yang mana ia akan membezakan seorang pelajar yang berjaya dengan pelajar yang gagal.

Bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM, sudah pasti pelbagai strategi telah disusun dari awal. Walaubagaimanapun, terlalu banyak buku untuk dibaca, banyak latih-tubi perlu dibuat dan pelbagai fakta perlu diingati, sedangkan hari peperiksaan semakin hampir. Dalam masa yang terbatas ini, kemahiran dan teknik mengingat apa yang dipelajari akan memainkan peranan.

Terdapat pelbagai teknik ingatan yang disarankan oleh pakar-pakar dari seluruh dunia. Di dalam bengkel ini, para peserta hanya diajar dengan 7 teknik ingatan yang efektif, kreatif dan sesuai dengan semua peringkat umur. Jika peserta didedahkan dengan begitu banyak teknik, para peserta pasti akan keliru akhirnya.

Objektif
  • Melatih para pelajar menggunakan teknik ingatan yang boleh digunakan pembelajaran
  • Berkongsi kaedah alternatif untuk mengingati pelajaran
  • Merangsang secara optimum penggunaan otak kanan & kiri
  • Memberikan bimbingan khidmat nasihat dan motivasi di dalam menghadapi peperiksaan
Tarikh
  • 12 Jun 2010 (Sabtu)
  • 13 Jun 2010 (Ahad)
  • 19 Jun 2010 (Sabtu)
  • 20 Jun 2010 (Ahad)

Tempat Bengkel
Pusat Latihan BestPartner
No. 124-01 & 124-02, Jalan Pendidikan 7
Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor 


Masa Bengkel
08:30 pagi : Pendaftaran peserta
09:00 pagi : Bengkel bermula
05:00 ptg : Bengkel tamat

Siapa Yang Patut Hadir
Kursus ini direkabentuk khusus untuk:
  • Pelajar-pelajar sekolah rendah (10 hingga 12 tahun)
  • Pelajar-pelajar sekolah menengah (13 hingga 17 tahun)
  • Calon-calon UPSR, PMR, SPM & STPM
Yuran Penyertaan
RM70.00
seorang
* yuran adalah termasuk sijil, makan-minum & bahan bengkel

Kaedah Pembelajaran
Syarahan, Aktiviti Berkumpulan, Memory Game & Pembentangan Individu

CARA PENDAFTARAN BENGKEL
1. Lengkapkan borang yang disedikan ke alamat lokasi bengkel atau SMS ke 0127229215/ 0127938599 atau FAKS ke 07-5206681 atau EMAIL mynextworks@gmail.com,
    a. Nama/ No. KP/ Umur Peserta
    b. Tarikh pilihan bengkel
    c. Nama/ No. telefon ibu bapa

2. Buat Bayaran ke No. Akaun CIMB Bank, 0116-0000200-10-8 atas nama Nextworks Solution Sdn Bhd
Perhatian: (i) Simpan slip bayaran asal sebagai bukti pembayaran. (ii) Imbas slip bayaran dan email ke mynextworks@gmail.com beserta nama penuh & nombor kad pengenalan peserta. (iii) Serahkan slip semasa pendaftaran.

3. Pengesahan bengkel akan dimaklumkan menerusi SMS atau EMAIL.

Diskaun Istimewa Untuk Sekolah Bagi Penyertaan Berkumpulan!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
012 7229215 (Ali) | 012 7938599 (Wan)

Pengulangan: Kepentingan & Keberkesanan
Program seumpama ini bukan bertujuan untuk menyelesaikan secara terus masalah pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar tetapi untuk mempermudahkan teknik pembelajaran mereka. Setiap teknik yang dipelajari tanpa latihan, amalan dan pengulangan hanya mengundang perbuatan yang sia-sia sahaja.

Dengan usaha yang sedikit tetapi berterusan adalah amalan yang lebih utama berbanding usaha yang banyak tetapi hangat-hangat tahi ayam. Semoga para pelajar tabah dan cekal dalam mengharungi pembelajaran agar mencapai kejayaan, kecemerlangan, kegemilangan dan cita-cita yang diidamkan selama ini. Mudah-mudahan apa yang diusahakan bakal dikira sebagai amal bakti di sisi Allah Yang Maha Mengetahui.

Jumaat, Mei 14, 2010

Bengkel TEKNIK INGATAN KREATIF Kini Kembali!!!


Salaam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca!!

Bengkel Teknik I.N.G.A.T.A.N Kreatif kini kembali..

Nantikan maklumat terkini di blog ini daripada urusetia program.