Sabtu, Oktober 27, 2007

Bengkel Teknik INGATAN Kreatif Siri 1, Siri 2 & Siri 3

Tarikh Pelaksanaan
Siri 1: 28hb Mei 2007
Siri 2: 4hb Jun 2007
Siri 3: 7hb Jun 2007

Tempat
Kesemua siri bengkel akan dijalankan di Pusat Latihan Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor

Masa
9.00 pagi - 5.00 petang (Pendaftaran: 8.30 pagi @ Pusat Latihan Tiram Indah Village)

Yuran Penyertaan
RM 50.00 seorang
(yuran adalah termasuk makan/ minum peserta, kit pendaftaran dan sijil penyertaan)

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada:

Unit Pembangunan Profesional (UPP)
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE)
Universiti Teknologi Malaysia
40-50, Jln Kebudayaan 1, Taman Universiti
81300 Skudai, Johor
Tel: 07-521 8159/ 70 Faks: 07-521 1355

Teknik INGATAN Kreatif

Apa dia Teknik INGATAN Kreatif?

Kenapa ada pelajar yang dilihat ‘kurang’ belajar berbanding yang lain tetapi mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan? Adakah mereka mempunyai IQ yang tinggi sahaja boleh mendapat markah yang cemerlang? Ataupun ia hanya satu kebetulan mendapat markah yang tinggi? Terdapat pelbagai jawapan bagi persoalan di atas. Secara keseluruhannya, ia sebenarnya bergantung kepada strategi, perancangan dan teknik belajar seseorang pelajar yang mana ia akan membezakan seorang pelajar yang berjaya dengan pelajar yang gagal.

Bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM, sudah pasti pelbagai strategi telah disusun dari awal. Walaubagaimanapun, terlalu banyak buku untuk dibaca, banyak latih-tubi perlu dibuat dan pelbagai fakta perlu diingati, sedangkan hari peperiksaan semakin hampir. Dalam masa yang terbatas ini, kemahiran dan teknik mengingat apa yang dipelajari akan memainkan peranan.

Terdapat pelbagai teknik ingatan yang disarankan oleh pakar-pakar dari seluruh dunia. Di dalam bengkel ini, para peserta hanya diajar dengan 7 teknik ingatan yang efektif, kreatif dan sesuai dengan semua peringkat umur. Jika peserta didedahkan dengan begitu banyak teknik, para peserta pasti akan keliru akhirnya.

Objektif

  • Melatih para pelajar menggunakan teknik ingatan yang boleh digunakan pembelajaran
  • Berkongsi kaedah alternatif untuk mengingati pelajaran
  • Merangsang secara optimum penggunaan otak kanan & kiri
  • Memberikan bimbingan khidmat nasihat dan motivasi di dalam menghadapi peperiksaan
Siapa Yang Patut Hadir

Kursus ini direkabentuk khusus untuk:

  • Pelajar-pelajar sekolah rendah (10 hingga 12 tahun)
  • Pelajar-pelajar sekolah menengah (13 hingga 17 tahun)
  • Calon-calon UPSR, PMR, SPM & STPM
Kaedah Pembelajaran

Syarahan, Aktiviti Berkumpulan, Memory Game & Pembentangan Individu

Pengulangan: Kepentingan & Keberkesanan

Program seumpama ini bukan bertujuan untuk menyelesaikan secara terus masalah pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar tetapi untuk mempermudahkan teknik pembelajaran mereka. Setiap teknik yang dipelajari tanpa latihan, amalan dan pengulangan hanya mengundang perbuatan yang sia-sia sahaja.

Dengan usaha yang sedikit tetapi berterusan adalah amalan yang lebih utama berbanding usaha yang banyak tetapi hangat-hangat tahi ayam. Semoga para pelajar tabah dan cekal dalam mengharungi pembelajaran agar mencapai kejayaan, kecemerlangan, kegemilangan dan cita-cita yang diidamkan selama ini. Mudah-mudahan apa yang diusahakan bakal dikira sebagai amal bakti di sisi Allah Yang Maha Mengetahui.

Khamis, Oktober 11, 2007

MEPS Camp Adventure Siri 1 & Siri 2

Siri 1
Tarikh: 1hb - 3hb Jun 2007
Tempat: Pusat Latihan Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor

Siri 2
Tarikh: 8hb - 10hb Jun 2007
Tempat: Pusat Latihan Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor