Ahad, Disember 16, 2007

Terima kasih & Semoga Berjumpa Lagi


Para pembaca yang dirahmati Allah,

Hampir seminggu selepas berakhirnya MEPS Camp Siri 4, barulah berpeluang mengemaskini blog ini. Kesibukan kerja dengan tugas-tugas yang diamanahkan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kini, barulah berpeluang untuk mengemaskini blog ini.

Peluang ini diambil untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta-peserta MEPS Camp Siri 4, ibubapa peserta, para fasilitator, staf Unit Pengurusan Aset UTM, Ustazah siti Norbahyah dan suami serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program.

Kepada para peserta, diucapkan selamat maju jaya dan ambillah pengalaman dan ilmu sepanjang MEPS Camp ini dijalankan sebagai panduan hidup saudara-saudari untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Semoga kita akan bertemu lagi pada siri-siri MEPS Camp Adventure yang akan datang.

Wasalam

1 ulasan:

ajit berkata...

harap dapat siarkan gambar2 kenangan time kat kem 2...terutame gambar penghulu...huhu...