Jumaat, Disember 07, 2007

Temubual di Johor FM

Para pembaca yang dirahmati Allah,

Sebagai aktiviti promosi untuk program ini, satu temubual di radio Johor FM telah diadakan pada 6 Disember 2007, dari jam 2.30 petang hingga 3.00 petang. DJ bertugas ialah DJ Malek Indon.

SPACE UTM telah diwakili oleh Cik Noor Azidah binti Ahmad, Pengurus Unit Pembangunan Profesional (UPP), SPACE UTM dan juga Encik Mohammad Syafwan bin Arshad, Pegawai Penyelaras Kursus Pendek, SPACE UTM selaku Pengarah Projek MEPS Camp Adventure Siri 4.

Topik perbincangan lebih tertumpu kepada konsep pembelajaran yang akan diketengahkan sepanjang program ini, pencapaian siri-siri program terdahulu dan yang paling istimewa Live di talian telefon bersama Ustazah Siti Norbahyah Mahamood selama 10 minit. Ustazah Siti Norbahyah bercerita tentang "Minda Pelajar Cemerlang Melalui Kebijaksanaan Emosi (EQ) dan Kebijaksanaan Spiritual (SQ)". Topik tersebut beliau akan bincangkan dengan lebih mendalam lagi di dalm program MEPS Camp Adventure Siri 4.

Meminjam kata-kata daripada Ustazah Siti Norbahyah, ibubapa dan para pelajar perlulah mengambil peluang keemasan ini untuk bersama-sama mengikuti program ini kerana kecemerlangan anak-anak bukan sahaja perlu cemerlang di dunia tetapi kecemerlangan sebenar adalah kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Amat rugi mereka yang hanya gah dan cemerlang di dunia tetapi gagal di akhirat. Untuk memperolehi keseimbangan ini, perlunya mempunyai ilmu, jati diri dan motivasi yang positif melalui keseimbangan EQ dan SQ.

Kepada pembaca yang dirahmati Allah, jika berminat untuk menyertai program ini, bolehlah terus hadir di semasa sesi pendaftaran pada 8 Disember 2007 di Taman Tropika UTM, bermula dari jam 11.00 pagi - 12.30 tengah hari. Semoga kita akan bertemu di dalam program MEPS Camp Adventure Siri 4!

Tiada ulasan: