Jumaat, Disember 05, 2008

MEPS Camp Adventure Siri 5 (12-14 Disember 2008)

Tarikh:
12-14 Disember 2008 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Tempat:
Hutan Rekreasi UTM, Skudai, Johor

Objektif:

  • Meningkatkan semangat, keberanian, jati diri dan sahsiah pelajar melalui penekanan MEPS-Q (Mental, Emotion, Physical & Spiritual)

  • Menjana minda positif dan bermatlamat

  • Menilai dan menghargai pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak
Tempoh:
3 hari 2 malam

Sasaran Peserta:
Pelajar sekolah berumur 10-17 tahun (lepasan SPM)

Masa & Tempat Pendaftaran:
12 Dis. 2008, 3.30 petang @ Hutan Rekreasi UTM, Skudai

Masa & Tempat Program Tamat:
14 Dis. 2008, 5.00 petang @ Hutan Rekreasi UTM, Skudai

Penginapan:
Para peserta akan ditempatkan di dalam khemah yang akan disediakan oleh pihak penganjur.

Kelengkapan Yang Perlu Dibawa:
Peserta digalakkan membawa pakaian dan kasut sukan yang mencukupi, pakaian solat, bantal, selimut, sleeping bag (jika ada), lampu picit dan kelengkapan mandi/ persiapan diri.

Para peserta tidak digalakkan untuk membawa barang-barang berharga seperti wang tunai, telefon bimbit, barang-barang kemas, kamera digital, kamera video, komputer riba dll. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas segala kehilangan barangan tersebut.

Yuran:
RM 150.00 seorang
(yuran adalah termasuk penginapan, makanan, kit pendaftaran, bahan-bahan edaran & sijil)

Kaedah Pembayaran Yuran:
Pembayaran yuran boleh dibuat melalui kaedah berikut:

1. Tunai
Pembayaran tunai hanya diterima di Kaunter Pejabat SPACE, Taman Universiti, Skudai

2. Deposit Tunai/ Pindahan Akaun
Nama Akaun: SPACE Universiti Teknologi Malaysia
No. Akaun: 0118-0001324-05-5
Nama Bank: CIMB Bank Berhad
Cwgn: UTM Skudai, Johor

3. Cek/ Draf Bank/ Wang Pos
Semua cek berpalang/ draf bank/ wang pos dibayar atas nama SPACE Universiti Teknologi Malaysia.

Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada:

Unit Pembangunan Profesional (UPP)
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE)
Universiti Teknologi Malaysia
40-50, Jln Kebudayaan 1, Taman Universiti
81300 Skudai, Johor
Tel: 07-521 8159/ 70, Faks: 07-521 1355
email: syafwan@spaceutm.edu.my

Tiada ulasan: