Rabu, Disember 17, 2008

Salam Kejayaan Kepada Semua Peserta MEPS Camp Adventure Siri 5

Salam kejayaan kepada pembaca yang budiman, semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Dengan rahmat dan kurnianya, program MEPS Camp Adventure Siri 5 telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Tahniah kepada semua peserta kerana anda sentiasa mempunyai peluang untuk berubah dengan sentiasa berfikiran positif dan mempunyai impian kejayaan.

Kami percaya adik-adik MEPS Siri 5 pastinya mahu sentiasa memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan diri anda semata-mata untuk orang yang anda sayangi di sekeliling anda. Amalkanlah ilmu yang telah disampaikan kepada adik-adik. Bertindaklah dengan bijak. Jadikan semua pengajaran dan pengalaman yang dilalui sepanjang program sebagai panduan untuk berjaya.

Hanya adik-adik sahaja yang boleh mengubah diri untuk berjaya. Ibu bapa hanyalah sebagai pemangkin kepada perubahan tersebut. Ingatlah, segala tindakan yang positif akan memberikan hasil yang positif. Perbaiki hubungan adik-adik dengan Allah. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Walau apa pun yang terjadi kepada adik-adik, ucaplah Alhamdulillah!! Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui atas segala-galanya.

Kepada ibu bapa, sentiasalah memberikan dorongan yang terbaik kepada anak-anak. Berikan didikan berlandaskan ajaran Islam. Sentiasa berikan contoh yang terbaik kepada mereka. Sentiasa berdoa untuk kejayaan mereka.

Akhir kata, kami memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang program ini dijalankan. Kami sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik. Semoga kita akan berjumpa lagi pada siri-siri kem yang akan datang.

"Orang yang hebat percaya mereka boleh berubah dan bertambah hebat"

Ikhlas daripada Fasilitator-fasilitator MEPS Camp Adventure Siri 5 :

- Ustaz Hanuar (Abg Long)
- Mohd Ali (Busu)
- Faaiz Fauzi (Abg Faaiz)
- Mohammad Syafwan
- Nasliana
- Nurrul Ain

Tiada ulasan: